Saturday 20 February 2016

Kejohanan Sukan Tahunan 2015

18 November 2015

SK Lepau telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan 2015 yang telah dihadiri oleh murid-murid dan ibu bapa serta masyarakat Kg. Lepau. Kejohanan ini berlangsung sungguh meriah sekali dengan penglibatan seluruh warga Kg. Lepau.







Hari Anugerah Kecemerlangan SK Lepau 2015

17 November 2015

SK Lepau telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada murid-murid yang berjaya merangkul kejayaan dalam setiap mata pelajaran. Majlis ini dihadiri oleh murid-murid dan ibu bapa.







Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Sekolah

8 November 2015

Kebitaraan Tilawah al-Quran SK Lepau telah menganjurkan Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat sekolah. Semua murid menyertai pertandingan ini bagi mengukur kemampuan dan pencapaian murid-murid setelah mengikuti kelas al-Quran sepanjang tahun. Pertandingan ini dimenangi oleh adik Mohamad Jazrul bin Mohd Yazid.






Lawatan sambil Belajar KL2KL

4 - 6 November 2015

SK Lepau telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Putrajaya dan Kuala Lumpur yang disertai oleh semua murid dan penjaga. Lawatan ini memperoleh dana sumbangan daripada beberapa syarikat, NGO, dan perusahaan kecilan dan kutipan duit daripada ibu bapa dan guru-guru. Pelbagai tempat menarik telah dilawati seperti Muzium Kesenian Islam, Aquaria Kuala Lumpur, dan sebagainya.














Kuiz Bijak Sains Zon Pengerang

4 November 2015

Kebitaraan Sains SK Lepau telah menganjurkan Kuiz Bijak Sains yang disertai oleh 5 buah sekolah berhampiran iaitu SK Lepau, SK Pengerang, SK Tg. Pengelih, SK Bandar Penawar, dan SK Bandar Penawar 2.









Program Celik al-Quran 2015

3 November 2015

SK Lepau telah menganjurkan Program Celik al-Quran yang disertai oleh murid-murid daripada lima buah sekolah iaitu SK Lepau, SK Pengerang, SK Tg. Pengelih, SK Bandar Penawar, dan SK Bandar Penawar 2. Seorang ustaz yang pakar dalam bidang al-Quran telah diundang iaitu Ustaz Mohd Adli bin Abu Bakar.